Islam dan bioteknologi - MPU 23052

MPU 23052 – SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

E-FOLIO

NAMA PENSYARAH : PUAN ROHANI ABU BAKAR 

NAMA AHLI KUMPULAN :

1.MUHAMMAD IZZAT NURUDDIN BIN NOOR AZMI (03DET19F1134)

2.AZRUL NIZAM BIN MARDZUKI (03DET19F1124)

3.MUHAMMAD ANAS ZUHDI BIN MOHAMAD ZAINI (03DET19F1068)

4.NASRUL AMANI BIN ABDULL (03DET19F1104)

5.MOHAMAD FAKHRUR RAZI BIN MOHAMAD ZUKHI (03DET19F1109)


PENGENALAN

Blog atau esei dari kumpulan saya di dalam blog ini akan menceritakan tentang beberapa isu semasa berkaitan dengan islam dan bioteknologi dan bagaimana prinsip, peranan syariat Islam dan etika Islam dalam mendepani isu-isu berkenaan.Isu yang kumpulan kami pilih adalah isu pembedahan plastik.Isu pembedahan plastik ini tidak lah begitu besar pada zaman 90an kebelakang dahulu tetapi pada zaman kini ia menjadi semakin besar dan menimbulkan pelbagai tanda tanya dala kalangan masyarakat kita.


TUJUAN 

Tujuan penulisan blog ini adalah untuk menerangkan tentang isu pembedahan plastik dari persepsi islam sendiri.Penulisan ini juga akan menceritakan bagaimana cara prinsip, peranan syariat Islam dan etika Islam dalam mendepani isu-isu berkenaan.Semoga segala pertanyaan yang bermain di dalam minda selama ini terjawab .

PEMBEDAHAN PLASTIK

Maksud pembedahan plastik - Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan. Contoh, pembedahan untuk mulut yang sumbing atau pembedahan untuk menampal kulit yang melecur. Pemakaian gigi palsu, rambut palsu, mata palsu dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup kecacatan. Pembedahan ini juga bertujuan yang kecantikan seperti memancungkan hidung, membesarkan mata dan sebagainya.

HUKUM PEMBEDAHAN PLASTIK DALAM ISLAM

Pada asalnya sebarang bentuk pembedahan yang membawa kepada perubahan kepada anggota badan manusia tanpa keperluan adalah diharamkan oleh Syarak. Ini berdasarkan firman Allah Taala tentang perkataan Iblis:

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَننْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَددْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”

(Surah al-Nisa’: 119)

Wajib – Untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.

Harus – Menyempurna atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota.

Haram – Mengubah ciptaan Allah dengan sengaja. Contohnya, lelaki melakukan pembedahan plastik untuk menjadi seperti perempuan.


JENIS JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK POPULAR DI MALAYSIA

1. Lower Blepharoplasty (Pembedahan Eyebag)

Apabila kita semakin berusia, perubahan kepada kulit, lemak, otot dan tulang sekeliling mata menyebabkan terjadinya eyebag. Perubahan ini menyebabkan kami kelihatan lebih tua dan wajah yang nampak letih sepanjang masa. Walaupun terdapat teknik-teknik kurang invasif untuk merawat eyebag, pembedahan eyebag (Lower Blepharoplasty) masih menjadi pilihan popular kerana keberkesanannya. Walaupin pembedahan ini perly 4-6 minggu untuk pemulihan yang sepenuhnya, kebanyakan pesakit yang menjalani pembedahan ini dapat meneruskan aktiviti harian secara biasa selepas kira-kira 1 minggu selepas pembedahan. Pembedahan lower blepharoplasty kekal menjadi salah satu pembedahan plastik popular di Malaysia.


2.Liposuctions

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kes Obesiti yang amat tinggi. Maka, adalah tidak mengejutkan bahawa liposuction adalah salah satu daripada pembedahan plastik yang paling popular di Malaysia. Liposuction atau Lipo adalah satu prosedur dimana pakar bedah menyedut lemak berlebihan daripada bahagian tubuh untuk memulihkan lengkung cantik badan kita. Lelaki secara umumnya menjalani liposuction untuk menyingkirkan gynecomastia (payudara lelaki) manakala wanita menjalani rawatan ini untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dan menarik. Tidak kira apa dorongan anda untuk melakukan pembedahan liposuction, pastikan anda membuat konsultasi dengan doktor yang bertauliah dan terlatih dalam bidan liposuction.

3.Pembedahan Plastik Payudara

Pembedahan pembesaran payudara adalah antara pembedahan plastik yang popular di Malaysia. Pembedahan patu dara boleh dilakukan, sama ada menggunakan implan atau pemindahan lemak. Terdapat beberapa sebab-sebab yang mendorong seseorang wanita untuk memilih pembedahan payudara. Selain keinginan untuk mencapai rupa bentuk fizikal yang lebih besar, kebanyakan wanita memilih prosedur pembesaran payudara sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri Sesungguhnya, setiap wanita mempunyai hak untuk berasa yakin dengan penampilan beliau. Walau bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk pembesaran payudara, adalah penting anda dapat nasihat dari pakar bedah plastik yang sah.

4.Rhinoplasty (Pembedahan Hidung)

Berikutan kebangkitan budaya K-POP, pembedahan Rhinoplasty, atau “pembedahan plastik hidung” telah mendapat banyak sambutan yang mendadak. Ramai rakyat Malaysia inginkan hidung lebih menonjol, yang sering dilihat sebagai satunya ciri-ciri pada muka yang menarik. Pembedahan rhinoplasty boleh dijalankan sama ada dengan menggunakan implan silikon atau mengunakan tulang rawan pesakit sendiri. Walaupun ini adalah satu prosedur yang mudah, terdapat juga risikonya. Oleh itu, pastikan anda berbincang dengan seorang pakar bedah yang bertauliah sebelum melakukan prosedur ini.

5.Upper Blepharoplasty (Pembedahan Kelopak Mata)

Tidak dapat dinafikan bahawa, pembedahan kelopak mata atau upper blepharoplasty adalah pembedahan plastik yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Pembedahan ini secara tradisinya adalah untuk merawat kulit kelopak mata yang longgar yang boleh mengakibatkan penghalangan kepada visual kita. Walau bagaimanapun, pembedahan ini sekarang biasanya digunakan untuk mengubah apa yang dikenali sebagai “monolid” kepada “double eyelid”. Ianya lebih dikenali sebagai pembedahan “double eyelid” atau “Asian Blepharoplasty”. Pakar bedah yang terlatih boleh menggunakan beberapa teknik pembedahan untuk membina kelopak mata yang berganda “Double eyelid”. “Double eyelid” membuat mata seseorang kelihatan lebih besar dan lebih cantik. Walaupun prosedur ini nampaknya mudah, anda perlu mendapatkan rawatan daripada pakar bedah yang terlatih dan bertauliah supaya anda dapat mengurangkan risiko pembedahan.

CARA MENGATASI ISU PEMBEDAHAN PLASTIK

Pembedahan yang dilakukan dengan tanpa sebarang sebab adalah suatu yang haram kerana ia adalah sesuatu yang memudharatkan dan termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, ia diharuskan untuk sesuatu keperluan. Berdasarkan kepada dalil-dalil dan kaedah-kaedah syarak, ulama telah merumuskan syarat-syarat dan garis panduan bagi memastikan sesuatu pembedahan itu diharuskan. Syarat-syarat dan garis panduan tersebut ialah seperti berikut:

1. Pembedahan itu mestilah merupakan pembedahan yang mempunyai tujuan yang diakui Syarak. Ini kerana jiwa dan anggota badan manusia adalah milik Allah Ta‘ala. Justeru manusia tidak boleh melakukan sesuatupun kepada anggota-anggota badannya kecuali setelah memastikan perkara itu diakui oleh Syarak. Pembedahan bagi sesuatu keperluan untuk menghilangkan kemudharatan adalah diharuskan .

2. Pesakit memerlukan pembedahan dijalankan . Keperluan yang dimaksudkan di sini dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
a. Dharurat iaitu sekiranya tidak dilakukan pembedahan, pesakit akan mati atau kehilangan anggota badannya.
b. Hajat (keperluan) iaitu sekiranya tidak dilakukan pembedahan, pesakit akan mendapat mudharat seperti menanggung kesakitan.
Sekiranya dharurat dan keperluan ini hilang, walaupun di saat-saat akhir sebelum waktu pembedahan, hukum pembedahan kembali kepada hukum asal iaitu tidak boleh dilakukan.

3. Pesakit mengizinkan pembedahan itu. Sekiranya pesakit berkelayakan memberi izin, keizinannya mestilah dipastikan telah diberikan terlebih dahulu sebelum sesuatu pembedahan dilakukan ke atasnya. Sekiranya dia tidak berkelayakan memberi izin, keizinan mestilah diberikan oleh walinya. Sebarang pembedahan tidak boleh dilakukan secara paksa tanpa mendapat keizinan dari pesakit . Namun begitu, jika sesuatu pembedahan itu jika tidak dilakukan boleh menyebabkan pesakit mati, maka dalam keadaan sebegini doktor tidak perlu untuk menunggu keizinan pesakit atau walinya untuk melakukan pembedahan. Ini kerana dalam keadaan ini, jika pesakit enggan melakukan pembedahan sehingga menyebabkan nyawanya terancam, pesakit tersebut dikira telah berdosa . Walaubagaimanapun, keharusan ini sangat bergantung kepada hasil pembedahan tersebut. Jika pembedahan tersebut dijangkakan boleh menyelamatkan nyawa pesakit maka diharuskan. Tetapi jika hasil pembedahan tersebut tidak dapat dipastikan atau pembedahan tersebut tidak dapat menyelamatkan nyawa pesakit maka ia tidak diharuskan.

4. Kumpulan pembedah mesti terdiri daripada doktor dan pembantu yang berkelayakan.
Kelayakan yang dimaksudkan adalah merangkumi dua aspek:
a. Mempunyai ilmu yang mendalam berkaitan dengan pembedahan yang akan dijalankan.
b. Mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pembedahan cara yang betul . 

5. Pembedahan yang dijalankan mestilah dijangkakan akan berjaya menurut pandangan doktor pakar yang membedah. Menjangkakan pembedahan akan berjaya bermaksud setelah diteliti oleh pakar bedah pembedahan ini berperatusan tinggi untuk berjaya, maka pembedahan itu dibenarkan. Penelitian mestilah dibuat terhadap peralatan, pengalaman kumpulan pembedah dan juga tahap kesihatan pesakit. Sekiranya pembedahan yang akan dilakukan tidak dapat dipastikan kejayaannya dan mempunyai risiko yang membahayakan nyawa atau anggota pesakit maka ia tidak diharuskan .

6. Tidak terdapat alternatif lain yang kurang berisiko selain dari pembedahan. Sekiranya penyakit itu dapat diatasi dengan menggunakan ubat, maka pembedahan dalam keadaan ini tidak dibenarkan. Jika ada cara lain yang lebih selamat dan tidak membebankan untuk merawat pesakit, maka ia wajib dilaksanakan terlebih dahulu. Akan tetapi ia bergantung juga kepada hasil rawatan alternatif tersebut. Sekiranya hasil rawatan alternatif itu iaitu hanya sekadar melalikan dan tidak menghilangkan sakit secara total di samping boleh menyebabkan ketagihan serta pembedahan dilihat lebih baik dilakukan maka pembedahan dalam keadaan begini diharuskan .

7. Pembedahan mendatangkan kebaikan. Pembedahan dibenarkan jika menghasilkan kebaikan samada kebaikan dari sudut dharurat seperti pembedahan yang menyelamatkan nyawa, mahupun dari sudut hajiyyah seperti pembedahan untuk mengembalikan keadaan normal kepada sesuatu anggota badan. Sekiranya pembedahan itu mendatangkan mudharat yang lebih teruk dari penyakit yang sedang dialami oleh pesakit maka ia tidak dibenarkan. Ini kerana pembedahan itu hanya dibenarkan untuk menghilangkan kemudharatan bukan untuk memberi kemudharatan lain kepada pesakit .

8. Pembedahan tidak menghasilkan mudharat yang lebih besar. Kesakitan yang ditanggung pesakit perlu diteliti dalam dua keadaan; sebelum dan selepas sesuatu pembedahan. Sekiranya mudharat kesakitan selepas pembedahan lebih kuat berbanding dengan sebelum pembedahan dilakukan, maka pembedahan itu diharamkan. Sebaliknya jika mudharat kesakitan sebelum pembedahan dijangka akan kurang atau hilang selepas pembedahan, maka pembedahan itu dibenarkan .

KESAN BURUK DAN KESAN BAIK PEMBEDAHAN PLASTIK

KESAN BURUK 

1.Kecacatan pada bahagian yang dibedah.

2.Kesan sampingan jangka panjang.

3.Maut.

4.Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT.

5.Membazir.


KESAN BAIK

1.Mengembalikan semula fungsi anggota badan.

2. Membina semula anggota yang cacat.

3. Memberi kesempurnaan fizikal mangsa.

4. Menghilangkan keaiban.

5. Memberi keyakinan diri kepada mangsa.

6.Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna.


KESIMPULAN

Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plastik yang bertujuan bagi pemulihan semula adalah diharuskan, manakala pembedahan plastik yang bertujuan semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram dan hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau kemudaratan.Islam adalah satu agama yang tidak ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayat-ayat yang bersifat global yang hanya menunggu sedikit usaha daripada kalangan cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-ayatnya.

PENUTUP

SEBAGAI PENUTUP KAMI INGIN BERTERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MELUANGKAN MASA DAN BEKERJASAMA DALAM MENJAYAKAN DAN MENYIAPKAN E-FOLIO INI.PENGHARGAAN ISTIMEWA KEPADA PENSYARAH KAMI IAITU PUAN ROHANI ABU BAKAR YANG TELAH MEMBERI KAMI MASA DAN RUANG JUGA KEBEBASAN UNTUK MEMILIH TAJUK DAN MEMBERI TUNJUK AJAR SEPANJANG MASA INI.

SECARA KESELURUHANNYA KAMI MENYIAPKAN E-FOLIO INI DALAM MASA SEMINGGU.KAMI MENJADIKAN INTERNET SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT KAMI KERANA PADA ZAMAN INI SEGALA MAKLUMAT BOLEH DIDAPATI DI INTERNET JUGA DENGAN ISU COVID-19 KAMI TIDAK DAPAT MENGUNJUNGI MANA MANA PERPUSTAKAAN BAGI MENGURANGKAN PERGERAKAN.JADI,KAMI MENJADIKAN INTERNET SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT KAMI .

KAMI MEMILIH TAJUK PEMBEDAHAN PLASTIK KERANA IA NAMPAK MENARIK DAN IA JUGA ISU YANG BESAR DALAM DUNIA PADA ZAMAN KINI.SEBELUM INI KITA MELIHAT PEMBEDAHAN INI DARI SKOP YANG KECIL DAN MEMBUATKAN KITA CEPAT MENGHUKUM SESEORANG ITU MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK.KINI KITA DAPAT LIHAT ADA PEMBEDAHAN YANG DIBENARKAN DAN DIHARAMKAN DALAM ISLAM.

KESIMPULANNYA,ISU PEMBEDAHAN PLASTIK INI KAMI SUDAH KUPAS DAN MEMBERI HUJAH DARI PELBAGAI ASPEK.DIHARAPKAN,E-FOLIO INI DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PEMBACA.

RUJUKAN

https://www.malaysiaaesthetic.com/pembedahan-plastik-malaysia/

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2896-al-kafi-970-hukum-pembedahan-hidung-kerana-terlalu-besar

https://upimkmpk.weebly.com/pembedahan-kosmetik.html



Comments